01 February 2011

Kemaskini 2011 - Menjawab "Frequently Asked Questions": Fasa Merantau

Kau kat mana selama ni?

Aku based di UK sejak Mei 2008 sehingga kini (tapi ada lah juga pulang bercuti di Nusantara pada penghujung tahun 2010). Fasa merantau aku masih rancak dan belum berakhir.

Kau buat apa sekarang?

Memang pelbagai. Aku merantau sambil mengecapi dan menghargai kebebasan diri - suatu perkara yang cukup indah bagiku tapi tak semudah itu untuk diterangkan di sini. Aku mengembara ke tempat2 yang cantik dan menarik di benua asing. Aku menemui individu2 istimewa dan ternama serta pelbagai jenis kumpulan manusia. Aku mengumpul pengalaman di pelbagai peringkat. Aku juga berkesempatan menyaksikan bermacam-macam perkongsian seni, persembahan teater dan rekod ketamadunan manusia di sudut dunia yang serba teratur, kaya-budaya dan kaya-sejarah. Hanya sebahagian kecil daripada pengalaman2 ini yang aku kongsi di Facebook, dan aku hargai sokongan kawan2 selama ini.

Apasal kau tak update blog?

Mengemaskini blog bukanlah kemestian. Blog post terakhir aku (sebelum yang ini) bertarikh 23 Julai 2008. Itupun sekadar copy-paste daripada artikel aku dalam majalah. Second-last paragraph dalam artikel panjang tu mungkin dapat memberitahu sesuatu kepada sesiapa yang sanggup membacanya. Salaam..

NOTA:
Ruang komen untuk posts/entries yang lain dalam blog ini sentiasa dibuka. Hanya ruang komen untuk post/entry ini saja yang ditutup. Terima kasih atas semua komen anda.

NOTE: The comments boxes for all other posts/entries in this blog are open. Only the comments box for this particular post/entry is closed. Thank you for all your comments.