01 March 2006

Anak Melayu Ter-Paranoid

Post yang sebelum ni, aku delete sebab aku jadik ter-paranoid.. Aku ter-paranoid bukan sebab apa.. tapi sebab aku tau.. kengkadang tu, apa yang kita fikir/cakap/tulis, walaupun dengan niat yang cukup ikhlas ("bona fide giler" la katakan), akan tetap ada orang yang salah faham, sengaja tak faham atau sengaja nak putarbelitkan fikiran/kata-kata kita.. lagi-lagi kalau isu yang disentuh tu berkenaan hubungan kaum, prejudis dan politik..

Mungkin jugak.. aku ter-paranoid ni sebab ada satu zaman dalam hidup aku (dulu) yang i find myself asyik ter-involve dengan aktiviti menangkis salahfaham ni, so aku mungkin dah malas nak terlibat dengan kerja2 mcm tu.. maka aku delete je lah post tu..


Masalahnya.. sampai hari ni.. aku masih tak puas hati dengan kata2 seseorang yang menganggap pandangan aku ni lah yang "membahayakan". Bagi aku, pandangan dia tu lah yang terlalu dipengaruhi mainstream propaganda. Bukan bermaksud mainstream propaganda semuanya salah. Tidak. Bagi aku, mainstream propaganda pun kadang2 ada benarnya, tapi it may not tell us the WHOLE truth, dan sebab itulah orang yang waras pun masih tergerak untuk mempertikaikannya.. Walaupun aku takkan publish semula that post yang telah aku delete, aku tetap ada beberapa soklan nak lempar kat sini..


1. Salahkah untuk kita MENGAKUI bahawa prejudis perkauman dalam masyarakat kita (prasangka dan cemburu antara kaum) masih wujud?


2. Adakah dengan MENAFIKAN (deny) bahawa kita mempunyai kelemahan, kita akan dapat memperbaiki kelemahan2 tersebut dan maju?


3. Adakah "kuasa asing dari luar negara" akan menjajah ekonomi kita jika kita mengakui kelemahan kita, ataupun adakah "kuasa asing dari luar negara" sudahpun tahu pelbagai kelemahan kita dan sememangnya pun sedang menjajah ekonomi kita?


4. Adakah "penjajahan" itu boleh dilabelkan pada warna kulit atau asal-usul geografi semata-mata, ataupun adakah penjajahan itu boleh berlaku even di kalangan atau sesama bangsa sendiri?


5. Adakah "pengaruh asing" itu sememangnya sesuatu yang buruk atau adakah "pengaruh asing" itulah yang menjadikan budaya sesuatu bangsa berkembang?


6. Adakah "Melayu" itu suatu bangsa yang muncul dengan tiba2, atau Melayu itu sendiri adalah hasil daripada elemen2 dan PENGARUH ASING, baik dari segi genetik, budaya, bahasa, agama, ilmu, pemikiran dan sebagainya?


Whatever it is.. i just hope kita tak kongkong diri dalam self-labelled boxes dan berbangga dengan perkara2 yang tak sehebat mana.. Jangan salahfaham.. Aku bukan pengkhianat.. Aku bangga jadi anak Melayu, tapi kebanggaan aku terhadap Melayu ni terletak pada sifat2 kemelayuan yang - bagi aku - bermaksud, antara lain; kehalusan budi, kesaksamaan, compassionate and ACCOMODATING.

Tapi, kalau setakat nak takut-takutkan saudara se-Melayu dengan ancaman-ancaman "penjajahan bentuk baru" tanpa memahami punca asal berlakunya ketidakadilan, aku rasa susah la kita nak tangkis sebarang penjajahan pun.. dan susah la jugak untuk kita nak majukan bangsa Melayu dan juga bangsa Manusia..

Ok.. cukuplah setakat ni.