Hari ni aku ada banyak masa untuk baca topik2 dalam email group alumni sekolah aku. Walaupun ada macam2 topik yg best, malangnya bab pilihanraya pulak yang caught my attention (mungkin sebab baru2 ni selalu sangat bump into cerita, berita & blog tentang politik.. maklumlah, musim "raya").
Aku agak bangga dengan senior2 yang berbincang dalam email group tu sebab diorang takdelah terlebih-lebih bergaduh pasal politik. Sejak dulu lagi aku berpendapat bahawa tak kiralah apa2 pun fahaman/parti/politician yang kita mungkin sokong, adalah penting untuk kita membincangkan hal2 kepentingan awam dengan cara yang matang dan terbuka.
Dalam negara kita yang tercinta ni, aku rasa aku dah saksikan terlalu ramai politician duk bertelagah tentang pelbagai isu tanpa menilai betul2 apa yang diorang cakapkan.. Tak kurang juga politicians yang simply buat statement utk meraih sokongan melalui sentimen perkauman dan agama walaupun statement2 tu langsung tak melakarkan "the whole truth" tentang sesuatu isu..
Pada pendapat aku, bila berbincang atau berbahas tentang politik, kita perlu lebih matang daripada politicians yang ada (both Government & Opposition), dan bersedia mengakui kebenaran yang terkandung dalam pernyataan orang lain, walaupun kita tak semestinya bersetuju 100% dengan orang itu. Kita bukan berbahas untuk menebus maruah diri. Kita berbahas untuk mencari kebenaran (lainlah kalau kita ni orang yang suka berbahas untuk memijak lawan dan mendabik dada). My point is, kita tak perlu malu jika kita tak "menang" sesuatu hujah.
Menyedari aku hanyalah junior biasa, aku tak ada "bidasan" untuk sesiapa dalam email group tersebut, tapi aku cuma ada beberapa kemusykilan. Kemusykilan2 tu pun bukannya kemusykilan2 baru. Sekadar yang hinggap kembali di kepala setelah isu "perpecahan bangsa" ditimbulkan oleh sesetengah seniors di situ:
1) Benarkah jika manusia daripada satu bangsa menyokong parti/politicians yang berbeza, maka mereka secara automatik dianggap "berpecah-belah"? Kalau INILAH definisi "berpecah-belah" yang sebenar, maka mungkin setiap bangsa di dunia ini "berpecah-belah" sebab tak menyokong hanya satu parti untuk setiap bangsa? Bagaimanakah pula bangsa2 maju di dunia ini mencapai tahap kemajuan mereka sedangkan - kalau ikut definisi ini - mereka semuanya "berpecah-belah" juga? (malah ada yang siap berperang & berbunuhan sesama sendiri)
2) In the first place, apakah pengertian "perpaduan bangsa"? Adakah ia bererti "semua orang menyokong parti/politicians yang sama" atau adakah ia bererti "semua orang mahu membangunkan bangsa/negara untuk kemakmuran rakyat seluruhnya walaupun berbeza fahaman politik"? Atau adakah pengertiannya lain daripada semua ni?
3) Adakah "perbezaan pendapat" sama ertinya dengan "berpecah-belah"? Kalau ya, maka ada ker parti politik yang takde pergeseran, konflik dalaman atau perbezaan pendapat di kalangan ahli2nya?
4) Bolehkah seorang politician benar2 "pecah-belahkan" seluruh bangsa jika segala isu yang diperkatakannya hanyalah pembohongan dan terbukti hanya pembohongan, atau mungkinkah terdapat sedikit-sebanyak kebenaran juga dalam isu2 yang diperkatakannya yang memerlukan kita meneliti isu2 tersebut serta memperbaiki keadaan negara untuk kebaikan kita bersama - tak kiralah sama ada kita "cinta" atau "benci" politician itu?
Bagi aku, orang yang ekstrim dengan pendapat masing2 dan memaksa pendapat mereka ke atas orang lain, mereka itulah yang memecah-belahkan manusia.. dan mereka terdapat dalam mana2 parti, bangsa atau agama sekalipun..
Sekadar beberapa persoalan zaman budak-budak...
21 January 2008
Apakah Maksud Sebenar "Perpecahan Bangsa"?
Posted by Wira Budiman at 9:47 am
Labels: On Being Human, Politics