KALAU PM...
Hari ni, 27 Jun 2007, Tony Blair akan undur diri sebagai PM. Aku yang telah berada di negara dia selama 4 minggu daripada keseluruhan 6 minggu “Long Farewell” dia, terasa syok pulak mengikuti perkembangan rancak politik UK. Diorang panggil 6 minggu terakhir ni sebagai “Tony Blair’s Long Farewell”, sebab dia enggan letak jawatan lebih awal sedangkan partinya sudahpun memilih sorang pengganti (Gordon Brown yang “mencabar” Tony Blair telah menang tanpa bertanding pada awal Mei setelah calon2 lain tarik diri).
Di UK, 6 minggu pun dianggap sebagai masa yang terlalu lama untuk seseorang PM menutup tirai. Itupun setelah PM tu sendiri dah setuju nak letak jawatan dan menetapkan tarikhnya. Cukup tajam dan pedas sekali cara media melayan PM. Cukup berani dan lantang sekali cara ahli-ahli parti sendiri menghentam PM.
Selama menjadi PM pun, Tony Blair dibelasah setiap kali dia terpaksa berdepan dengan wakil-wakil rakyat dan jawatankuasa di Parlimen (perkara wajib mingguan), dan semua ni disiarkan terus dalam TV supaya orang ramai dapat menilai jawapan2 spontannya. Dia terpaksa menjawab dan menjawab tidak kiralah sama ada soalan2 tu susah atau sangat susah.
Keadaan macam ni agak terbalik kalau dibandingkan dengan sesetengah negara. Seseorang PM tu, kalau dia tak nak letak jawatan, jangan sesekali cabar dia, lebih2 lagi jika tidak mahu kehilangan kerja, lesen penerbitan, peluang perniagaan, penyokong politik dan sebagainya. Silap-silap, yang mencabar itulah yang masuk penjara. Selain tu, jangan pulak ditanya soalan2 yang menyusahkan pemimpin. Perlu dikumpulkan dahulu satu senarai soalan yang akan ditapis dan dipilih oleh orang-orang keliling pemimpin, barulah sesetengah soalan tu akan dijawab.
KALAU WAKIL RAKYAT LAIN?
Yang atas tu bab layanan terhadap PM. Kalau bab layanan terhadap wakil-wakil rakyat pulak, aku kagum jugak la dengan pelaksanaan Freedom of Information (kebebasan maklumat) yang diamalkan di Scotland.. Bayangkan.. Ini sudah lama diamalkan di Scotland. Apa saja perbelanjaan yang dibuat oleh wakil rakyat, seperti tambang teksi ke, bas ke, flight ke.. semuanya wajib lapor dan siarkan dalam website rasmi kerajaan. Dengan cara tu, orang awam boleh go online dan teliti apa saja yang dibelanjakan oleh wakil rakyat.. dan diorang boleh kantoikan sama ada berpatutan atau tidak, untuk tujuan rasmi atau tidak, atau ada tak penyelewengan berlaku walaupun nilainya
Di England pula, wakil-wakil rakyatnya naik lemak sikit baru-baru ni. Diorang nak
Mengikut kisahnya, ahli-ahli House of Commons (“Dewan Rakyat”) nak pinda sikit akta tu supaya semua wakil rakyat tak tertakluk kepada sebahagian akta tu. Ertinya, melalui pindaan ni, ahli-ahli Dewan Rakyat berkata, “Kalau orang awam ada hak untuk segala maklumat rasmi pun, tak perlu lah orang awam tau pasal semua hal surat-menyurat kitorang di Parlimen.”
Walaupun pindaan kecik ni takdelah dibelasah sangat oleh media, tapi ahli-ahli House of Lords (“Dewan Negara”) pula yang menyebabkan ahli-ahli Dewan Rakyat malu, sebab diorang kat Dewan Negara tak mau ada kena-mengena dengan pindaan tu. Ertinya, ahli-ahli Dewan Negara pula berkata, “Walaupun korang tu kat Dewan Rakyat tak sudi untuk dedahkan maklumat korang kepada orang awam, kami kat Dewan Negara ni dengan selamba dan berbesar hati akan mendedahkan maklumat kami kepada orang awam. So, jangan ler kaitkan perangai busuk korang tu dengan kami. Kami hensem.”
Macam tu sekali wakil-wakil rakyat di sana. Kalau ada satu group yang nak naik lemak sikit, ada pulak group yang lain yang akan bantai balik. Kalau kat sesetengah negara pula, aduhh.. Bukan setakat kita tak dapat periksa perkara-perkara kecik macam tambang teksi, bas atau flight yang dibelanjakan oleh wakil rakyat, malah nak tau perjanjian konsesi tol yang melibatkan poket-poket orang awam (secara langsung) pun kita tak dibenarkan tau...