Di bawah ini adalah terjemahan (tanpa bahasa berbunga) bagi sebuah puisi Cina purba, yang telah dipetik oleh Dr Azizan Bahari dalam "buku-mini" terbarunya*. Saya tujukan puisi ini khas buat kawan-kawan yang teringin menjadi pemimpin.. Usahlah sekadar memikirkan musim kempen.. Kertas undi rakyat bukannya kain lampin..
Pergi kepada rakyat
belajar daripada mereka
hidup bersama mereka
mulakan dengan apa yang mereka sedia ketahui
bangunkan dengan apa yang mereka sedia miliki.
Sebaik-baik pemimpin
apabila tugasnya terlaksana dan kerjanya selesai;
rakyat akan berkata
"kamilah yang melakukannya sendiri!"
*NOTA: Buku-mini terbaru Dr Azizan Bahari, yang berjudul Menjadi Pemimpin, cuba mengupas dan mempermudahkan beberapa kaedah kepemimpinan yang boleh dibudayakan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, terutama pemimpin-pemimpin pertubuhan sukarela. Buku-mini ini merupakan susulan kepada buku-mini Menjadi Sukarelawan dan buku Menghayati Kerja Sukarela (yang telah hampir 50,000 naskhah terjual setakat ini tanpa edaran terbuka), kedua-duanya daripada penulis yang sama.. Hehehe.. iklan la pulak..