26 June 2006

Syair SSSS-DDDD-AAAA-RRR

Syair yang aku tulis pada tahun 1996 dan aku kemaskini (dengan maklumat Sg Gadut) pada tahun 2006 ini telah di-copy-paste daripada satu lagi blog lama aku, "Nostalgia: SDAR" (aku dah tutup blog tu). Komen-komen untuk blog post ni juga telah di-copy-paste daripada blog tu.

Suatu kisah undangan pawana
Sebuah persada yang kita bina
Si anak desa tak lagi lena
Sedang bangsanya masih merana.

Dari Zaharah azam bermula
Destar pertiwi ingin dibela
Darul Ridzuan jemput bersila
Di dua kota jiwa ternyala.

Alam tumpangan silih berganti
Angin Sikamat turut mengerti
Arus di Gadut mengalir pasti
Alunan budi terus sebati.

Resminya padi tunduk berisi
Ragam putera hak diwarisi
Runtuh dan bangun sama dikongsi
Rentetan masa menjadi saksi.


Wira Budiman Azizan
11 Mac 1996
(hari sambutan ulangtahun SDAR ke-40)
(disiarkan dalam majalah SEDAR jilid ke-30)


Pindaan kepada Bait 3
24 Jun 2006
(malam sambutan ulangtahun SDAR ke-50)