27 January 2008

Please Read This FIRST | Sila Baca Ini DAHULU

English:
This is the FIRST original post in THIS blog. All the previous blog posts and comments have been transferred from my Friendster blog. That Friendster blog has been emptied and will only be used as a redirection page from now on. Friendster only allowed blog comments from Friendster members. Blogspot here isn't like that. Therefore, to those who did NOT have Friendster accounts and had complained that they could not send any comments, now you should be able to do so. Even anonymous comments are welcomed, as long as they're written in a mature manner.

Bahasa Melayu:
Ini adalah pos asal PERTAMA dalam blog INI. Semua pos dan komen blog sebelum ini telah dipindahkan dari blog Friendster aku. Blog Friendster tu dah dikosongkan dan hanya akan digunakan sebagai muka surat pantulan je sekarang. Friendster cuma membenarkan komen daripada ahli2 Friendster. Blogspot ni tak macam tu. Maka, kepada mereka yang TIDAK ada akaun Friendster dan sebelum ini mengadu tak dapat hantar apa2 komen, kini anda sepatutnya dah boleh hantar. Komen2 anonymous pun diterima, asalkan ditulis secara matang.

21 January 2008

Apakah Maksud Sebenar "Perpecahan Bangsa"?

Hari ni aku ada banyak masa untuk baca topik2 dalam email group alumni sekolah aku. Walaupun ada macam2 topik yg best, malangnya bab pilihanraya pulak yang caught my attention (mungkin sebab baru2 ni selalu sangat bump into cerita, berita & blog tentang politik.. maklumlah, musim "raya").

Aku agak bangga dengan senior2 yang berbincang dalam email group tu sebab diorang takdelah terlebih-lebih bergaduh pasal politik. Sejak dulu lagi aku berpendapat bahawa tak kiralah apa2 pun fahaman/parti/politician yang kita mungkin sokong, adalah penting untuk kita membincangkan hal2 kepentingan awam dengan cara yang matang dan terbuka.

Dalam negara kita yang tercinta ni, aku rasa aku dah saksikan terlalu ramai politician duk bertelagah tentang pelbagai isu tanpa menilai betul2 apa yang diorang cakapkan.. Tak kurang juga politicians yang simply buat statement utk meraih sokongan melalui sentimen perkauman dan agama walaupun statement2 tu langsung tak melakarkan "the whole truth" tentang sesuatu isu..

Pada pendapat aku, bila berbincang atau berbahas tentang politik, kita perlu lebih matang daripada politicians yang ada (both Government & Opposition), dan bersedia mengakui kebenaran yang terkandung dalam pernyataan orang lain, walaupun kita tak semestinya bersetuju 100% dengan orang itu. Kita bukan berbahas untuk menebus maruah diri. Kita berbahas untuk mencari kebenaran (lainlah kalau kita ni orang yang suka berbahas untuk memijak lawan dan mendabik dada). My point is, kita tak perlu malu jika kita tak "menang" sesuatu hujah.

Menyedari aku hanyalah junior biasa, aku tak ada "bidasan" untuk sesiapa dalam email group tersebut, tapi aku cuma ada beberapa kemusykilan. Kemusykilan2 tu pun bukannya kemusykilan2 baru. Sekadar yang hinggap kembali di kepala setelah isu "perpecahan bangsa" ditimbulkan oleh sesetengah seniors di situ:

1) Benarkah jika manusia daripada satu bangsa menyokong parti/politicians yang berbeza, maka mereka secara automatik dianggap "berpecah-belah"? Kalau INILAH definisi "berpecah-belah" yang sebenar, maka mungkin setiap bangsa di dunia ini "berpecah-belah" sebab tak menyokong hanya satu parti untuk setiap bangsa? Bagaimanakah pula bangsa2 maju di dunia ini mencapai tahap kemajuan mereka sedangkan - kalau ikut definisi ini - mereka semuanya "berpecah-belah" juga? (malah ada yang siap berperang & berbunuhan sesama sendiri)

2) In the first place, apakah pengertian "perpaduan bangsa"? Adakah ia bererti "semua orang menyokong parti/politicians yang sama" atau adakah ia bererti "semua orang mahu membangunkan bangsa/negara untuk kemakmuran rakyat seluruhnya walaupun berbeza fahaman politik"? Atau adakah pengertiannya lain daripada semua ni?

3) Adakah "perbezaan pendapat" sama ertinya dengan "berpecah-belah"? Kalau ya, maka ada ker parti politik yang takde pergeseran, konflik dalaman atau perbezaan pendapat di kalangan ahli2nya?

4) Bolehkah seorang politician benar2 "pecah-belahkan" seluruh bangsa jika segala isu yang diperkatakannya hanyalah pembohongan dan terbukti hanya pembohongan, atau mungkinkah terdapat sedikit-sebanyak kebenaran juga dalam isu2 yang diperkatakannya yang memerlukan kita meneliti isu2 tersebut serta memperbaiki keadaan negara untuk kebaikan kita bersama - tak kiralah sama ada kita "cinta" atau "benci" politician itu?

Bagi aku, orang yang ekstrim dengan pendapat masing2 dan memaksa pendapat mereka ke atas orang lain, mereka itulah yang memecah-belahkan manusia.. dan mereka terdapat dalam mana2 parti, bangsa atau agama sekalipun..

Sekadar beberapa persoalan zaman budak-budak...

13 January 2008

Lagu-Lagu "Cheer" SDAR

Celoteh tentang salah satu aspek kenang-kenangan di SDAR ini telah di-copy-paste daripada satu lagi blog lama aku, "Nostalgia: SDAR" (aku dah tutup blog tu). Komen-komen untuk blog post ni juga telah di-copy-paste daripada blog tu.

Bila aku menyebut "cheerleader dan budaya cheer di SDAR" kepada rakan2 di universiti suatu ketika dahulu, ada yang membayangkan gadis2 pom-pom berpakaian seksi yang bersorak-tari di tepi padang atau gelanggang sukan.. Haha.. Dah tentu bukan itu apa yang aku maksudkan.

SDAR tak ada pelajar perempuan, so tak mungkin SDAR ada gadis2 pom-pom seperti itu.. dan kalau ada yang nak cuba jadi macam tu, err, aku rasa memang tak ada lah. Malah, sesiapa yang menjadi cheerleader di SDAR, lazimnya dia dianggap macho kerana suara jantannya berupaya menggegar stadium atau mana2 tempat yang menjadi tapak perlawanan sukan.. dan sifat macho pula merupakan suatu tuntutan di sekolah remaja lelaki seperti SDAR.. Haha.. Poyo..


Aku masih ingat.. Semasa di Tingkatan 1 dan 2, aku dan rakan2 seluruh batch (seluruh tingkatan) diarah menghafaz berpuluh-puluh lagu cheer, dengan segala cara tepukan dan koordinasi nyanyian bersama cheerleader. Selalunyu sesi latihan cheer diadakan pada pagi cuti hujung minggu. Kalau nyanyian/tepukan tak sempurna, seniors tak akan bagi kami pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari. Maklumlah, kami masih juniors. Kenalah ikut cakap seniors. Kalau tidak, buruk padahnya.


Sebagai juniors, ramai di kalangan kami berasa bosan menghadiri sesi-sesi latihan cheer begitu.. tapi kebosanan itu berubah menjadi kegembiraan apabila kami betul2 menghadiri perlawanan bolasepak, ragbi dan lain2 permainan (dan SDAR selalunya menang)..


Memang bangga rasanya kerana dapat menyumbang suara dan tepukan sebagai ahli "SDAR Fan Club" (semua juniors secara automatik dianggap ahli kelab). Dengan berpakaian kemeja-T seragam yang mempunyai design konon2 funky "SDAR FC", kami akan bergerak beramai2 ke tempat perlawanan, tak kiralah sama ada ke Stadium Negeri ke, ke padang sekolah lawan ke, atau hanya ke pavilion sekolah sendiri.


Di tempat perlawanan, kamilah yang akan mengada-ngada membingitkan suasana. Apa tidaknya.. SDAR mempunyai lagu untuk semua keadaan. Sama ada lagu untuk masuk padang, lagu untuk meraikan gol, lagu untuk menyuruh pemain2 defend, lagu untuk mengutuk pemain lawan yang berlakon sakit, lagu untuk goalkeeper malah lagu untuk ballpicker pun ada. By the end of the match, suara mesti hilang akibat nyanyian dan tangan mesti merah akibat tepukan.. Begitulah adatnya..


Dari tahun ke tahun juga, AJK SDAR Fan Club akan menganjurkan pertandingan lagu2 cheer. Setiap kelas akan mencipta 1 atau 2 lagu untuk dipersembahkan dan diadili. Kalau lagu dan persembahannya sedap, barulah boleh dijadikan lagu cheer SDAR.


Semasa aku berada di Tingkatan 3, 4 dan 5 pula, tiada lagi sesi-sesi latihan cheer yang memaksa aku dan rakan-rakan menghafaz apa2. Maklumlah, kami dah makin senior. Sesi latihan cheer tu cuma untuk juniors. Bagi kami pula, yang ada hanyalah "semangat SDARian" dan semangat itulah yang menyebabkan kami terus menyanyikan lagu2 cheer, sekuat mana yang mampu, menggegar ruang udara Seremban dan Negeri Sembilan.. Alangkah indahnya perasaan masa tu..


Anyway, sengaja je aku rekodkan nostalgia ni di sini, dan sebelum menjadi pupus, biar aku senaraikan beberapa tajuk lagu "cheer" SDAR dari tahun 1992 hingga tahun 1996 yang aku masih ingat:


- So When SDAR Goes Marching In

- Looks Like A Superstar

- Wherever We Go

- Dear Good Old SDAR

- We Don’t Want to Take It Anymore

- Animal Like Kangaroo (kesilapan tatabahasa disengajakan)

- We Don’t Know What We’ve Been Told

- We Want the Goal that’s Good for Us

- A Bad Name

- Attack, SDAR, Attack

- Defend, SDAR, Defend

- Hinggut-Hinggutlah Kepala (Versi SDAR)

- Lagu Baru ‘Rock & Roll’ Satu

- Den Hero Kampung Senogoghi

- Indukku SDAR

- Len Chee Kang

- Goalkeeper, Goalkeeper

- Ballpicker, Ballpicker

- Remeh Temeh (Versi SDAR)

- Sambalele

- Pepe SDAR; Alhamdulillah Syukur Nikmat; Tak Cukup (Medley)

- Inilah Barisan Kita

- Adoi Mak Sakitnya

- Go, SDAR, Go

+ We're Not Gonna Take It

+ SDAR Dynamites

+ Untukmu, Oh SDAR, yang Tercinta

+ Suwa Suwe (Istimewa SDAR)


Hmm.. Kalau ada sesiapa nak tambah lagi lagu2 cheer kepada senarai ni, dipersilakan.

07 January 2008

Kasih Pak Ungku Masih Laku?

Seronok juga aku menonton Buletin Utama semalam. Seronok.. bukan kerana gaya bacaan berita yang mencuit perasaan, atau video-editing yang mendebarkan, atau set studio Sri Pentas yang ganas, atau "super-ing" (tulisan pada skrin) yang seksi.. tapi seronok.. kerana keselambaan Profesor Diraja Ungku Aziz menjawab soalan dengan bernas dan pedas.

Dalam tempoh yang singkat dan menyulitkan, banyak sindiran membina berjaya diselitkan, contohnya tentang slogan2 yang mentadbir negara. Hahaha.. Bayangkan, slogan2.. dan bukannya pelaksanaan dasar.. yang mentadbir negara. Kalaulah aku yang berkata demikian, sudah tentu tiada gunanya. Pada persepsi mereka yang berkuasa, apalah yang aku tahu.. tapi Pak Ungku orang yang berilmu, berpengalaman dan bernama. Sudah tentulah kata-katanya bermakna.. Atau mungkinkah juga bagi mereka, nilai pandangannya tidaklah seberapa. Tanpa pengaruh kuasa. Tanpa pengaruh Ringgit Malaysia..


Sindirannya bukan hanya untuk penguasa kini, namun juga buat penguasa lama.. contohnya, bila Sains dan Matematik diajar dalam apa bahasa sekalipun, kalau pelajar tak didedahkan betul-betul kepada pemelajaran penggunaan nahu bahasa tersebut dengan tepat, maka pelajar tak mungkin akan lebih fasih dalam bahasa tersebut.

Hah! Dalil akli (logik akal) pun boleh memberitahu kita perkara yang sama. Namun, disebabkan ada penguasa yang menyangka bahawa penyelesaian mudah untuk menjadikan pelajar kita saintis-teknokrat yang fasih berbahasa Inggeris adalah dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, maka itulah "ubat" yang dipaksa telan, baik di Bangsar, KL, mahupun di Baling, Kedah.


Hasilnya? Entahlah.. setahu aku, daripada apa yang diceritakan kepadaku oleh pelajar dan guru sekolah sendiri, keupayaan pelajar dalam KEDUA-DUA bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi semakin lemah, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Sama ada itu, ataupun jurang telah menjadi semakin lebar antara "pelajar yang pandai berbahasa Inggeris" dengan "pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris" (perbezaan lebih disebabkan taraf sosio-ekonomi atau kefasihan bahasa keluarga masing2). Jurang yang semakin lebar begini, apakah pula jamu perapatnya?


Berbalik semula kepada Pak Ungku. Pak Ungku orang lama yang bukan politikus (ahli politik). Bila mulutnya mula berbicara, kata-katanya agak jujur bagiku. Entah mengapa aku beranggapan begitu. Barangkali kerana dia Pak Ungku.


Aku hanya pernah dua kali bersembang dengan Pak Ungku. Kali pertama, pada tahun 1999 semasa beliau kelihatan "teruja" mengulas terjemahan puisi Pushkin aku (KEBETULAN aku baru saja dengan bangganya bercerita pasal puisi tu dalam blog ni, walaupun atas sebab-sebab lain). Kali kedua, pada tahun 2002 semasa aku dan beberapa orang rakan se-universiti "diculik" ke Putrajaya selama beberapa hari. Semasa itu, dia tetap "teruja" berbincang dengan kami tentang masa depan negara hingga ke lewat malam. Seronok aku melihat keterujaan dia. Seronok aku dapat bersoal-jawab dengannya.


Namun dalam seronok-teruja begitu, aku sedar juga.. Mujurlah Pak Ungku seorang yang bernama. Mujurlah Pak Ungku Profesor Diraja. Dapatlah dia berkata-kata di pentas penguasa..
demi kasihnya terhadap negara. Katakanlah dia seorang yang tak bernama.. atau dia dilabelkan "musuh penguasa".. pentas manakah yang layak untuknya.. sungguhpun kasihnya tetaplah sama?

02 January 2008

Pemimpin, Kempen, Kain Lampin

Di bawah ini adalah terjemahan (tanpa bahasa berbunga) bagi sebuah puisi Cina purba, yang telah dipetik oleh Dr Azizan Bahari dalam "buku-mini" terbarunya*. Saya tujukan puisi ini khas buat kawan-kawan yang teringin menjadi pemimpin.. Usahlah sekadar memikirkan musim kempen.. Kertas undi rakyat bukannya kain lampin..

Pergi kepada rakyat
belajar daripada mereka
hidup bersama mereka
mulakan dengan apa yang mereka sedia ketahui
bangunkan dengan apa yang mereka sedia miliki.


Sebaik-baik pemimpin
apabila tugasnya terlaksana dan kerjanya selesai;
rakyat akan berkata
"kamilah yang melakukannya sendiri!"


*NOTA: Buku-mini terbaru Dr Azizan Bahari, yang berjudul
Menjadi Pemimpin, cuba mengupas dan mempermudahkan beberapa kaedah kepemimpinan yang boleh dibudayakan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, terutama pemimpin-pemimpin pertubuhan sukarela. Buku-mini ini merupakan susulan kepada buku-mini Menjadi Sukarelawan dan buku Menghayati Kerja Sukarela (yang telah hampir 50,000 naskhah terjual setakat ini tanpa edaran terbuka), kedua-duanya daripada penulis yang sama.. Hehehe.. iklan la pulak..