Berikut adalah rencana yang mengisi ruangan 'Alumni MPR' dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008)
[Tajuk: sama seperti tajuk blog post ni]
[Gambar: aku tengah melepak dengan laptop dan secawan kopi]
Oleh: Wira Budiman
Semasa bergelar remaja dahulu, saya tidak pernah berkesempatan mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Setiap kali saya mendapat jemputan untuk menyertai MPR, jadual cuti saya sudahpun terisi serta bertembung dengan penglibatan dalam beberapa kegiatan lain seperti pertandingan bahas tahunan Piala Perdana Menteri (PPM).
Sungguhpun tidak dapat mengikuti MPR, saya telah dijemput menjadi ahli Kelab Alumni MPR setelah memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP sebanyak empat kali (1994-1997).
Saudara Hizairi Othman, iaitu Presiden pertama Kelab Alumni MPR, telah melantik saya sebagai ahli jawatankuasa kelab. Saya memegang jawatan kecil itu dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dan sempat menyaksikan betapa gigihnya Saudara Hizairi dan rakan-rakan jawatankuasa tertinggi yang lain memimpin kelab muda yang diwarnai pelbagai personaliti itu.
Penulisan Semasa Kanak-Kanak
Saya mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif ketika berusia 7 tahun. Setiap pagi, guru saya di Holbrooks Primary School, England, meminta murid-murid menulis apa sahaja yang ingin diluahkan. Saya pula mengambil kesempatan itu untuk mencipta kisah-kisah dongeng asal-usul nama binatang dan sebagainya. “Karya-karya” saya sering dihargai oleh guru dan saya selalu diminta membacakan hasil penulisan saya kepada seluruh kelas.
Ketika di rumah pula, saya selalu melihat bapa saya tekun menaip tesis kajiannya. Apabila beliau berehat, saya pula yang menumpang mesin taipnya untuk menaip karangan secara suka-suka. Apabila beliau membeli komputer pertamanya, saya turut gembira kerana dapat menumpang komputer pula.
Lama-kelamaan, saya menaip karangan-karangan yang lebih serius yang melibatkan pandangan-pandangan saya (sebagai seorang kanak-kanak) tentang isu-isu pendidikan, alam sekitar, pengangkutan awam, perbandingan pengalaman di tiga negara dan lain-lain. Ketika berusia 9 tahun, saya mula menaip apa yang saya anggap sebagai sebuah “manuskrip buku luahan pandangan seorang kanak-kanak” yang menyentuh pelbagai isu serius tersebut.
Semasa berusia 11 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth. Ketika manuskrip “buku” saya hampir siap, ketika itulah juga saya menerima nasib yang malang. Suatu virus komputer telah mencerobohi disket kesayangan saya, menyebabkan saya kehilangan hampir seluruh manuskrip yang ditaip selama ini!
Pada zaman disket masih berukuran 5.25 inci itu, tiada perkakasan atau perisian komputer secanggih sekarang. Kesilapan besar saya ketika itu ialah saya tidak menyimpan hasil penulisan saya dalam beberapa salinan atau dalam bentuk salinan keras (hard-copy). Hanya beberapa muka surat sahaja yang tercetak untuk tujuan semakan format. Akibatnya, cita-cita saya untuk menerbitkan buku pertama pada usia 11 tahun bertajuk “Sebelum Dua Belas” tidaklah kesampaian.
Penulisan Semasa Bersekolah
Selepas Darjah 6, saya mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR). Ketika itu, SDAR terletak di Jalan Sikamat, Seremban. Sekolah lelaki ini telah banyak mengajar saya takrifan hidup berdikari. Budaya di SDAR ketika itu benar-benar menampar dan menerajang saya ke alam realiti. Pelbagai pengalaman hitam dan putih tercampur-baur selama separuh dasawarsa.
Berlatarkan keadaan ini, penulisan menjadi saluran untuk saya “membebaskan diri” agar tidak sekadar berada dalam cengkaman pagar asrama. Idea-idea saya lazimnya menyentuh dan berkias tentang isu-isu kenegaraan dan kemasyarakatan, tetapi sesekali saya menulis juga tentang pengalaman peribadi. Ibu bapa saya, iaitu Puan Patimah Shamsu dan Dr Azizan Bahari, sentiasa memberi sokongan walaupun berada jauh di utara tanahair.
Pada mulanya, saya menulis untuk simpanan peribadi sahaja. Namun, ketika berusia 13 tahun (awal 1993), saya memilih untuk mencuba nasib dan telah menghantar esei pendapat saya kepada Dewan Siswa. Alhamdulillah, pendapat saya telah disiarkan dan semenjak itulah saya rajin “berurusan” dengan media.
Secara ringkasnya, apa yang saya pernah tulis pada usia 12 tahun (1992) sehingga 17 tahun (1997) telah menemui tempatnya dalam beberapa akhbar dan majalah seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Berita Harian, Harian Metro, Minda Pelajar, Youthquake, Akhbar Jiran (Jabatan Perpaduan Masyarakat) dan yang paling kerap; Dewan Siswa. Kebanyakan hasil penulisan saya yang tersiar adalah puisi, manakala yang selebihnya adalah cerpen dan esei.
Saya bersyukur kerana dikurniakan rezeki memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP sebanyak empat kali dari tahun 1994 hingga tahun 1997 menerusi puisi-puisi “Racun”, “Malang?!”, “Gah” dan “Menara”. Puisi-puisi ini kemudiannya telah dimuatkan dalam empat buah antologi DBP iaitu Suatu Impian, Perjuangan, Harapan di Joyrampur dan Perjalanan Jarum Jam. Puisi-puisi lain yang pernah dipertandingkan untuk hadiah yang sama ialah “Terjajah (Di Mana Bumi Kupijak)” dan “Penghujung Bulatan”. Sehingga hari ini, saya menghargai sokongan dan pesanan daripada para pengkritik dan juri Hadiah Sastera Siswa DBP, iaitu Profesor Rahman Shaari, Dr. Lim Swee Tin, A. Rahim Abdullah dan Allahyarham Othman Puteh.
Karya-karya saya yang pernah memenangi hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang lain pula ialah cerpen “Kisah Anak Bangsa”, cerpen “Bersalah” dan puisi “Nasib Ayam”.
Saya juga menjalankan tugas-tugas sebagai pengarang dan penulis majalah bulanan dan majalah tahunan SDAR. Selepas tamat persekolahan, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, atas keinginan saya untuk menjadi mahasiswa di Malaysia, serta minat saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair ketika itu, saya memilih pengajian undang-undang di Universiti Malaya (UM).
Penulisan Semasa Bergelar Mahasiswa
Sepanjang menjadi mahasiswa UM, saya sempat mengikuti krisis politik yang melanda negara pada penghujung dekad 1990an serta kesan-kesannya kepada gerakan-gerakan politik kampus. Saya terus menulis dalam penerbitan-penerbitan kecil di peringkat fakulti, kampus dan luar kampus. Sudah jarang sekali karya-karya dan esei-esei pendapat saya dihantar kepada media arus perdana, walaupun masih ada yang tersiar dalam beberapa akhbar utama.
Masa dan tenaga saya lebih ditumpukan kepada penyelarasan dan pengurusan projek-projek mahasiswa serta kegiatan-kegiatan seni pentas, Sungguhpun begitu, saya tidaklah pula terpisah terus dengan dunia sastera. Kerapkali saya diminta mengacara majlis secara langsung dan apabila mengacara dalam bahasa Melayu, saya cuba memastikan bahawa pengucapan saya lengkap dengan ciptaan pantun dan syair yang bersesuaian serta kata-kata yang menonjolkan keindahan bahasa Melayu.
Saya juga mula melibatkan diri dalam kegiatan mendeklamasi puisi dalam lakonan. Pada tahun 1999, penganjur Festival Seni UM telah memperkenalkan kategori pertandingan baru iaitu manifestasi puisi. Pasukan saya telah menjuarai pertandingan sulung manifestasi puisi ini. Semenjak 1999 juga, saya telah dijemput untuk melakonkan puisi dalam pelbagai jenis acara. Dalam suatu majlis sempena memperingati Sasterawan Rusia Alexander Pushkin, saya telah menterjemahkan puisinya mengikut pola rima asal a-a-b-b kepada bahasa Melayu dan melakonkannya. Dalam acara-acara lain pula, seperti Malam Tinta Kencana DBP (2000), saya diberi peluang melakonkan puisi-puisi nukilan sendiri.
Antara acara-acara puisi dalam lakonan yang tidak dapat dilupakan adalah yang melibatkan sambutan-sambutan peringkat kebangsaan. Pada tahun 2000, saya telah melakonkan puisi “Bukannya Lilin” dalam suatu acara yang dirasmikan oleh seorang menteri kabinet. Menteri tersebut kemudiannya menjemput saya untuk melakonkan puisi sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan pula. Pada tahun 2001, saya melakonkan puisi “Superman Itu Wujud” yang disaksikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Selesai sahaja acara tersebut, Datuk Seri telah memanggil saya dan bertanya tentang minat saya, termasuklah sama ada saya ingin berpolitik. Memandangkan ketika itu saya sudah tidak melihat diri saya sebagai ahli politik, saya sekadar membuatkan ekspresi muka kurang berminat. Datuk Seri memahami reaksi saya.
Saya pernah beberapa kali dijemput menyampaikan puisi-puisi nukilan sendiri dalam rancangan televisyen “Anjung Budi” dan slot berita RTM.
Penulisan Semasa Sudah Bekerja
Apabila tamat peperiksaan akhir di UM, saya ditawarkan kerja sebagai Wartawan Penyiaran Eksekutif di TV3 dan bertugas menerbitkan program-program perniagaan berbahasa Inggeris. Saya kemudiannya menjalani Latihan Dalam Kamar (pupillage) di sebuah firma guaman sehingga ditauliahkan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 2005, saya menubuhkan firma perunding Wira Budiman & Associates sebagai wahana kecil-kecilan untuk menjalankan program-program pembangunan modal insan serta perhubungan awam.
Sejak melewati gerbang dunia pekerjaan, saya hanya terlibat dengan beberapa penerbitan kecil. Beberapa buah puisi saya telah dimuatkan ke dalam antologi KataHati yang dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006. Saya juga telah ditugaskan menulis buku nostalgia sejarah berkulit keras iaitu Lakaran Warisan yang diterbitkan pada tahun 2007. Peranan saya dalam penerbitan-penerbitan lain pula adalah sebagai penterjemah atau penyemak. Adakalanya, bila saya fikir perlu atau saya rasa mahu, saya menulis di blog peribadi saya iaitu www.wirabudiman.blogspot.com. Ilham rambang tetap tercetus pada pelbagai waktu, namun luahan pemikiran dan perasaan saya tidak semuanya saya paparkan untuk khalayak umum.
Sama ada untuk dikongsi atau sebagai penawar diri, penulisan tetap menjadi teman setia yang mengiringi saya sepanjang perjalanan hidup.
23 July 2008
Penulisan Sebagai Teman
Posted by
Wira Budiman
at
5:45 am
Labels: Activities, Personal Stories, Poems in Malay (Puisi-Puisi dalam BM)
27 June 2008
Nelson Mandela, Konsert Hari Ini, Keadilan Antara Kaum, Puisi "Manis"
"Freee-eee.. Nelson Mandela.."
Lirik lagu tu masih terngiang-ngiang di kepala aku. Ketika itu tahun 1988. Aku masih kecil. Rakyat UK telah mengadakan konsert besar-besaran di Stadium Wembley, England, sebagai tanda protes mereka terhadap dasar perkauman rejim Apartheid di Afrika Selatan ketika itu.. mereka, bersama warga dunia, menuntut pembebasan Nelson Rolihlahla Mandela..
Banyak telah berlaku semenjak itu. Dasar Apartheid telah dimansuhkan di Afrika Selatan. Nelson Mandela telah dibebaskan, malah sempat memimpin negaranya sebagai Presiden. Beliau terus menjadi inspirasi buat pejuang2 keadilan dan anti-perkauman di seluruh dunia. Aku pula menjadi remaja dan seterusnya dewasa, menyaksikan pelbagai sifat perkauman yang masih wujud di sekeliling aku. Ya lah. Itu realiti.
Hari ini, suatu konsert amal besar-besaran bakal diadakan untuk meraikan ulangtahun hari lahir Nelson Mandela yang ke-90. Acara ini bertujuan membantu perjuangan terkininya dalam meningkatkan kesedaran tentang HIV/AIDS di rantau Afrika. Menyaksikan keterujaan media di UK memaparkan persiapan untuk acara ini hanya mengingatkan aku kepada konsert di Stadium Wembley yang diadakan 20 tahun dahulu. Kebetulan aku berada di sini semula ketika ini.
Sejak dibebaskan, Nelson Mandela telah melibatkan diri dalam pelbagai isu serta penyelesaian pelbagai konflik di rantau Afrika (konflik2 peribadi tu lain cerita la). Sungguhpun begitu, beliau barangkali akan lebih dikenang sebagai pejuang keadilan antara kaum. Puisi "Manis" adalah antara puisi2 aku yang tersiar baru2 ini. Yang memahami cara penulisan aku mungkin dapat mengagak apakah kaitannya dengan perjuangan insan2 seperti Nelson Mandela.
[Nota ditambah pada 15/7/2008: Puisi "Manis" telah di-delete di sini dan di-paste ke dalam blog post yang seterusnya.]
Posted by
Wira Budiman
at
5:23 pm
Labels: On Being Human, Personal Stories, Poems in Malay (Puisi-Puisi dalam BM)
23 May 2008
Cerita Terbaru? (Facebook, Cuti Panjang Bermula, Kemunculan dalam Majalah Dewan Sastera Jun 2008)
Berikut adalah beberapa cerita terbaru yang takkan masuk dalam berita TV atau akhbar:
1) Facebook
Aku baru je join Facebook. Mujurlah tak melalaikan sangat. Dapat pulak jumpa kawan2 yang dah lama aku lost contact. Tu yang syok tu. Terasa indah macam masa mula2 join Friendster dulu la katakan..
2) Cuti Panjang Bermula
Aku akan mula bercuti panjang dari 31 Mei 2008. Kalau tahun2 sebelum ni "cuti panjang" aku cuma selama sebulan atau dua bulan, kali ni cuti panjang aku akan jadi jauh lebih panjang daripada tu. Destinasi aku bukanlah tempat yang baru bagi aku, tapi ada perkara2 yang lebih menarik untuk aku buat di negara tu berbanding tahun2 yang lalu.
Aku putuskan bahawa fasa baru dalam hidup aku akan dimulakan semasa aku bercuti tu. Kepada yang bertanya aku bulan lepas (dan sehingga kini aku belum jawab), fasa baru yang dimaksudkan tu tak ada kaitan dengan urusan nikah-kahwin laa. Yang pasti, aku terpaksa melepaskan peluang untuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan kawan2. Ada 3 orang kawan mintak aku jadi pengacara majlis diorang (salah sorang tu aku tau dia sesekali baca blog ni), tapi apa nak buat, cuti panjang aku ni dah lama dirancang. Tiket2 pun dah lama dibeli. Maaf sekali lagi, ye..
3) Kemunculan dalam Majalah 'Dewan Sastera' Jun 2008
Aku bakal mencemari majalah Dewan Sastera. Dalam keluaran bulan depan (Jun 2008), majalah tu akan memuatkan satu rencana tentang penglibatan aku dalam dunia penulisan sejak kecil hingga sekarang (masih kecil.. tapi konon2nya dah dewasa). Akan diselitkan sekali 6 buah sajak aku yang belum diterbitkan dalam mana2 media-sebaran-luas. Aku ni penulis yang biasa2 je. Bukannya aktif macam orang lain. Entah siapalah yang sebut nama aku kepada Dewan Sastera pada awal tahun ni (terharu jugak sebab masih ada yang ingat). Aku pun kirim je lah rencana ala autobiografi dan "beberapa buah puisi" seperti yang diminta.
Hmm.. aku rasa suspen lah. Macam mana agaknye rencana tu setelah diorang edit. Macam mana agaknya diorang susun sajak2 aku tu, sebab aku biasanya pentingkan kesan2 visual juga. Contohnya, kalau ada baris tu kelihatan panjang akibat ruang kosong (tab) sebelum perkataan pertamanya, aku harap diorang takkan patahkan baris tu menjadi dua baris pula. Selalunya, ada sebab mengapa aku letak sesuatu perkataan tu di hujung sesuatu baris. Apa2pun, aku berterima kasih sebab diorang sudi siarkan kesemua sajak yang aku kirimkan.
Posted by
Wira Budiman
at
2:54 am
Labels: Activities, Notes to Myself, Personal Stories, Travel
10 May 2008
Cinta Monyet = "Monkey Love" = "Cinta Anak Anjing" = Puppy Love
Aku teringat balik kisah cinta zaman kanak2 dulu. Ini semua kawan2 aku punya pasal lah.
Diorang masing2 tulis blog post tentang cinta zaman kanak2. Sorang tu tulis pasal iklan TV dia yang menang beberapa anugerah antarabangsa (aku tumpang bangga iklan dia menang anugerah2 berprestij dunia). Iklan TV tu pasal cinta sorang kanak2 lelaki Cina dan sorang kanak2 perempuan Melayu; tersiar sebagai salah satu iklan Petronas sempena Merdeka tahun lalu. Sorang lagi tulis pasal orang dewasa yang suka usik kanak2 yang berkawan dengan jantina berlainan, sehingga dah jadi pressure kepada kanak2 tu. Sorang lagi pulak tulis pasal kenang2an cinta zaman dia kanak2. Aku pun nak tulis pasal tu jugak lah. Haha.. gatal..
Masa aku kanak2 dulu, aku takde kisah cinta yang bersifat dua hala.. Setakat ada crush (minat/syok) kat orang je lah.. dan seingat aku, taste aku pada pelbagai bangsa dan warna kulit.. hitam, putih, kuning, coklat (memang aku anti-Apartheid sejak 1980an lagi.. tak tipu!).
Crush pertama aku terjadi masa aku berumur 4 tahun. Aku tak ingat langsung nama budak perempuan tu, mahupun rupa dia. Sama ada aku betul2 syok kat dia pun, aku tak pasti. Yang pasti, mak aku bagitau aku, masa aku berumur 4 tahun dulu, mak aku menghendap aktiviti aku di sekolah (Infant School ala tadika), dan dia nampak aku cium pipi budak tu. Fuh. Mujurlah aku bukan public figure. Kalau tidak, memang leceh aku nak jawab skandal ni. Mak sendiri jadi saksi lak tu.. Eh, tapi ni dikira crush ke? Apa2 je lah..
Crush kedua aku pulak terjadi masa aku berumur 7 tahun. Budak perempuan tu setahun lebih tua daripada aku. Bila nak ke sekolah tiap2 hari, kami lintas jalan yang sama. Kadang2 kami kena pegang tangan bila lintas jalan sebab makcik yang jaga lalulintas tu suruh. Di sekolah, mulut dia agak cabul terhadap kawan2 aku tapi aku tetap syok kat dia (takde semangat kesetiakawanan langsung aku nih). Pernah sekali dia datang ke rumah aku bersama mak bapak dia. Bila diorang mintak aku main piano depan diorang, aku segan giler sebab dia ada kat situ. Aku tak sure sama ada aku main piano dengan sempurna atau tak di depan diorang, sebab aku self-conscious habis masa tu. Aku tau aku blushing, sebab masa tu aku dapat rasa muka aku jadi panas. Lepas diorang balik, aku diejek oleh kakak aku. Malu siot. Lepas tu mak bapak aku pulak kenen2kan aku. Aibbb...
Crush ketiga aku terjadi setahun kemudiannya. Budak perempuan tu dua tahun lebih tua daripada aku (tadi budak yang beza setahun, sekarang budak yang beza dua tahun pulak). Aku memang tak pernah tegur dia, sebab dia jauh lebih tua. Suatu hari tu, masa aku berlari-lari di koridor sekolah, aku tersungkur di depan dia. Memang memalukan. Tak cool langsung. Aku cuma mampu bangun, continue berlari dan menghilangkan diri. Kalau nak cover malu dengan buat2 terjatuh berulangkali dan kata "Ni cuma hobi", aku rasa kurang berkesan lakonan macam tu..
Tak lama lepas tu, baru aku dapat tau yang rupa2nya aku tersungkur tu sebab ada sorang budak laki pasang "jerat" masa aku tengah berlari-lari tu, so aku terlanggar "jerat" tu dan "terbang" dengan tak sengaja, sampai akhirnya mendarat di lantai koridor. Damn..
Crush keempat aku terjadi pada semester pertama Darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth. Cikgu darjah (Puan Zuraida nama dia) melantik aku jadi Ketua Darjah semata2 sebab aku dapat markah penuh dalam ujian pertama Alam & Manusia (topik: "Tanah-Tanih"), dan dia menempatkan aku di antara dua orang awek. Awek di sebelah kiri aku adalah Penolong Ketua Darjah manakala awek di sebelah kanan aku adalah minah yang suka tiru kerja aku. Walaupun member2 satu kelas suka usik konon2 aku bercouple dengan Penolong Ketua Darjah tu, tapi aku sebenarnya syok kat minah yang suka tiru kerja aku tu. Kalau waktu belajar, minah tu memang lemah.. tapi kalau waktu sukan, dialah paling terror. Aku pulak terbalik.
Aku dan minah tu memang rapat la masa tu; bergurau-senda, bergelak-ketawa dan sebagainya.. tapi setakat tu sajalah "perhubungan" kitorang. Bila tiba semester kedua, aku dah kena pindah ke kelas lain pulak dah.. Aku terpaksa jadi bahan eksperimen sekolah..
Crush kelima aku terjadi pada semester kedua tu. Cepat jugak aku berubah hati.. maybe sebab aku dah anggap minah semester pertama tu terlalu jauh daripada aku (di kelas sebelah). Di kelas yang baru ni, member2 satu kelas suka usik konon2 aku bercouple dengan budak perempuan yang duduk di depan aku.. tapi aku sebenarnya minat kat budak perempuan lain.. Malangnya, awal2 lagi aku sedar yang aku gagal memenuhi citarasa budak perempuan yang aku minat tu.
Bukan apa.. masa tu, kulit aku masih cerah dan belum sawo matang macam sekarang. Budak perempuan yang aku minat tu pulak, taste dia pada budak lelaki yang berkulit gelap. Bagi dia, kulit gelap tu tanda macho. Selain tu, dia suka budak lelaki yang mat sukan. Sah2 aku tak menepati kedua-dua kriteria tu.
Sepanjang semester kedua Darjah 5 sampailah ke Darjah 6, aku berusaha untuk menggelapkan kulit aku. Aku pulun bersungguh2, main rounders dan main bola setiap petang dengan budak2 di satu taman perumahan (nama taman tu "Taman Wira"). Masa tu, padang permainan kami memang kat sebelah pantai, so aku dapat la sinaran matahari yang banyak. Konon2 nak dapatkan kulit yang gelap di samping menjadi mat sukan lah tu. Apabila padang di sebelah pantai tu ditutup (akibat kerja2 reclamation tanah), kawan2 aku di Taman Wira "bercuti" daripada main rounders dan bola. Aku pulak pergi main badminton di taman perumahan sebelah.
Akhirnya, kulit aku berjaya menjadi lebih gelap.. TETAPI.. by that time.. budak perempuan yang aku minat tu dah terpikat dengan sorang budak lelaki yang baru join kelas aku. Budak lelaki tu bukan sahaja macho (berkulit gelap hitam manis), malah dia memang terror bersukan, tak macam aku yang hampeh ni.. hehe..
Ye la ye la.. Actually, aku tau ada satu lagi faktor besar nape aku tak mungkin berjaya pikat budak perempuan yang aku minat tu. Something to do with my own failure to become a part of the "approved crowd" at the time.. hehe.. Apa2 je lah.. Kisah cinta zaman kanak2.. Alamak aku takde ending yang menarik la.. Ahh bior je la tergantung camni..
By the way, bila aku masuk sekolah berasrama penuh yang SEMUA LELAKI pulak, macam2 kisah lain yang terjadi (yang berkaitan dengan PEREMPUAN la).. tapi kalau aku nak blog tentang kisah2 zaman remaja di SDAR, aku akan guna blog "Nostalgia: SDAR" je lah..
Posted by
Wira Budiman
at
10:37 am
Labels: Personal Stories
06 May 2008
Kerek dan Poyo
Kadang2, aku suka me-musykil-kan diri dengan perkara2 yang tak penting. Aku panggil keadaan ni sebagai "kemusykilan sia2". Antara kemusykilan sia2 aku ialah bila manusia menggunakan satu perkataan untuk gambarkan maksud yang berbeza.
Masa aku kecik2 dulu, orang dewasa yang aku kenal telah guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus. Masa di sekolah asrama pulak, perkataan kerek tu jarang digunakan, tapi bila digunakan, maksudnya tetap sama, iaitu untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus.
Masa aku banyak berkawan dengan budak2 dari sekolah2 lain pulak, aku mula sedar bahawa penggunaan perkataan kerek tu ada masanya tak membawa maksud yang sama. Ada orang guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat. Aku tau lah, di sebelah selatan tanahair, memang ada orang guna perkataan "gerek" (dengan huruf "g") untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat.. tapi entah camner "kerek" pun boleh membawa maksud yang sama dengan "gerek".
Oh ya, di utara tanahair pulak, perkataan "gerek" (dengan huruf "g") merujuk kepada "basikal", dan menurut kawan aku, di Sarawak, perkataan "gerek" (dengan huruf "g") merujuk kepada teman lelaki/teman wanita.
Anyway, perbezaan maksud "kerek" tu adalah kemusykilan sia2 aku yang dah expired. Sekarang ni, kemusykilan sia2 aku adalah tentang penggunaan perkataan "poyo" pulak. Perkataan ni digunakan oleh aku dan kawan2 sejak di universiti dulu, tapi aku tak tau perkataan ni berasal dari mana. Perkataan ni bermaksud eksyen / berlagak / macam bagus. Contoh2 ayat poyo:
Mamat poyo: Aku ni bukannya tak boleh dapat awek tu. Aku cuma tak nak je.
Minah poyo: Aku ni bukannya tak boleh dapat balak tu. Aku cuma tak nak je.
Hmm.. contoh2 ayat di atas memang redundant dan tak berapa kreatif, tapi the point is, itulah contoh2 ke-poyo-an mengikut pemahaman aku dan kawan2. Kami guna perkataan poyo untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus.
However, sekarang ni, daripada apa yang aku duk baca/dengar daripada orang lain, ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat lembik / lemah. Contohnya, "muka poyo" adalah muka yang kelihatan "toye" dan "blurr". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat canggung / serba tak kena. Contohnya, "poyo je cara orang tu berjalan" bermaksud "orang tu berjalan dengan gaya yang serba tak kena". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat beria-ia/iyo-yo. Contohnya, "poyo je dia tu" ertinya "dia tu beria-ia saja". Ada juga orang guna perkataan poyo ni untuk gambarkan sifat over / jiwang karat. Contohnya, "aku rasa poyo je hari ni" boleh bermaksud "aku terasa jiwang karat je hari ni".
Aku ada banyak lagi kemusykilan sia2 macam ni.. tapi aku tergerak pulak untuk tulis pasal penggunaan perkataan kerek dan poyo ni. Maybe sebab aku dah beberapa kali pernah guna perkataan poyo dalam blog ni.
Posted by
Wira Budiman
at
10:46 pm
Labels: Language, Personal Stories
13 January 2008
Lagu-Lagu "Cheer" SDAR
Celoteh tentang salah satu aspek kenang-kenangan di SDAR ini telah di-copy-paste daripada satu lagi blog lama aku, "Nostalgia: SDAR" (aku dah tutup blog tu). Komen-komen untuk blog post ni juga telah di-copy-paste daripada blog tu.
Bila aku menyebut "cheerleader dan budaya cheer di SDAR" kepada rakan2 di universiti suatu ketika dahulu, ada yang membayangkan gadis2 pom-pom berpakaian seksi yang bersorak-tari di tepi padang atau gelanggang sukan.. Haha.. Dah tentu bukan itu apa yang aku maksudkan.
SDAR tak ada pelajar perempuan, so tak mungkin SDAR ada gadis2 pom-pom seperti itu.. dan kalau ada yang nak cuba jadi macam tu, err, aku rasa memang tak ada lah. Malah, sesiapa yang menjadi cheerleader di SDAR, lazimnya dia dianggap macho kerana suara jantannya berupaya menggegar stadium atau mana2 tempat yang menjadi tapak perlawanan sukan.. dan sifat macho pula merupakan suatu tuntutan di sekolah remaja lelaki seperti SDAR.. Haha.. Poyo..
Aku masih ingat.. Semasa di Tingkatan 1 dan 2, aku dan rakan2 seluruh batch (seluruh tingkatan) diarah menghafaz berpuluh-puluh lagu cheer, dengan segala cara tepukan dan koordinasi nyanyian bersama cheerleader. Selalunyu sesi latihan cheer diadakan pada pagi cuti hujung minggu. Kalau nyanyian/tepukan tak sempurna, seniors tak akan bagi kami pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari. Maklumlah, kami masih juniors. Kenalah ikut cakap seniors. Kalau tidak, buruk padahnya.
Sebagai juniors, ramai di kalangan kami berasa bosan menghadiri sesi-sesi latihan cheer begitu.. tapi kebosanan itu berubah menjadi kegembiraan apabila kami betul2 menghadiri perlawanan bolasepak, ragbi dan lain2 permainan (dan SDAR selalunya menang)..
Memang bangga rasanya kerana dapat menyumbang suara dan tepukan sebagai ahli "SDAR Fan Club" (semua juniors secara automatik dianggap ahli kelab). Dengan berpakaian kemeja-T seragam yang mempunyai design konon2 funky "SDAR FC", kami akan bergerak beramai2 ke tempat perlawanan, tak kiralah sama ada ke Stadium Negeri ke, ke padang sekolah lawan ke, atau hanya ke pavilion sekolah sendiri.
Di tempat perlawanan, kamilah yang akan mengada-ngada membingitkan suasana. Apa tidaknya.. SDAR mempunyai lagu untuk semua keadaan. Sama ada lagu untuk masuk padang, lagu untuk meraikan gol, lagu untuk menyuruh pemain2 defend, lagu untuk mengutuk pemain lawan yang berlakon sakit, lagu untuk goalkeeper malah lagu untuk ballpicker pun ada. By the end of the match, suara mesti hilang akibat nyanyian dan tangan mesti merah akibat tepukan.. Begitulah adatnya..
Dari tahun ke tahun juga, AJK SDAR Fan Club akan menganjurkan pertandingan lagu2 cheer. Setiap kelas akan mencipta 1 atau 2 lagu untuk dipersembahkan dan diadili. Kalau lagu dan persembahannya sedap, barulah boleh dijadikan lagu cheer SDAR.
Semasa aku berada di Tingkatan 3, 4 dan 5 pula, tiada lagi sesi-sesi latihan cheer yang memaksa aku dan rakan-rakan menghafaz apa2. Maklumlah, kami dah makin senior. Sesi latihan cheer tu cuma untuk juniors. Bagi kami pula, yang ada hanyalah "semangat SDARian" dan semangat itulah yang menyebabkan kami terus menyanyikan lagu2 cheer, sekuat mana yang mampu, menggegar ruang udara Seremban dan Negeri Sembilan.. Alangkah indahnya perasaan masa tu..
Anyway, sengaja je aku rekodkan nostalgia ni di sini, dan sebelum menjadi pupus, biar aku senaraikan beberapa tajuk lagu "cheer" SDAR dari tahun 1992 hingga tahun 1996 yang aku masih ingat:
- So When SDAR Goes Marching In
- Looks Like A Superstar
- Wherever We Go
- Dear Good Old SDAR
- We Don’t Want to Take It Anymore
- Animal Like Kangaroo (kesilapan tatabahasa disengajakan)
- We Don’t Know What We’ve Been Told
- We Want the Goal that’s Good for Us
- A Bad Name
- Attack, SDAR, Attack
- Defend, SDAR, Defend
- Hinggut-Hinggutlah Kepala (Versi SDAR)
- Lagu Baru ‘Rock & Roll’ Satu
- Den Hero Kampung Senogoghi
- Indukku SDAR
- Len Chee Kang
- Goalkeeper, Goalkeeper
- Ballpicker, Ballpicker
- Remeh Temeh (Versi SDAR)
- Sambalele
- Pepe SDAR; Alhamdulillah Syukur Nikmat; Tak Cukup (Medley)
- Inilah Barisan Kita
- Adoi Mak Sakitnya
- Go, SDAR, Go
+ We're Not Gonna Take It
+ SDAR Dynamites
+ Untukmu, Oh SDAR, yang Tercinta
+ Suwa Suwe (Istimewa SDAR)
Hmm.. Kalau ada sesiapa nak tambah lagi lagu2 cheer kepada senarai ni, dipersilakan.
Posted by
Wira Budiman
at
4:50 pm
Labels: Nostalgia: SDAR, Personal Stories
07 January 2008
Kasih Pak Ungku Masih Laku?
Seronok juga aku menonton Buletin Utama semalam. Seronok.. bukan kerana gaya bacaan berita yang mencuit perasaan, atau video-editing yang mendebarkan, atau set studio Sri Pentas yang ganas, atau "super-ing" (tulisan pada skrin) yang seksi.. tapi seronok.. kerana keselambaan Profesor Diraja Ungku Aziz menjawab soalan dengan bernas dan pedas.
Dalam tempoh yang singkat dan menyulitkan, banyak sindiran membina berjaya diselitkan, contohnya tentang slogan2 yang mentadbir negara. Hahaha.. Bayangkan, slogan2.. dan bukannya pelaksanaan dasar.. yang mentadbir negara. Kalaulah aku yang berkata demikian, sudah tentu tiada gunanya. Pada persepsi mereka yang berkuasa, apalah yang aku tahu.. tapi Pak Ungku orang yang berilmu, berpengalaman dan bernama. Sudah tentulah kata-katanya bermakna.. Atau mungkinkah juga bagi mereka, nilai pandangannya tidaklah seberapa. Tanpa pengaruh kuasa. Tanpa pengaruh Ringgit Malaysia..
Sindirannya bukan hanya untuk penguasa kini, namun juga buat penguasa lama.. contohnya, bila Sains dan Matematik diajar dalam apa bahasa sekalipun, kalau pelajar tak didedahkan betul-betul kepada pemelajaran penggunaan nahu bahasa tersebut dengan tepat, maka pelajar tak mungkin akan lebih fasih dalam bahasa tersebut.
Hah! Dalil akli (logik akal) pun boleh memberitahu kita perkara yang sama. Namun, disebabkan ada penguasa yang menyangka bahawa penyelesaian mudah untuk menjadikan pelajar kita saintis-teknokrat yang fasih berbahasa Inggeris adalah dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, maka itulah "ubat" yang dipaksa telan, baik di Bangsar, KL, mahupun di Baling, Kedah.
Hasilnya? Entahlah.. setahu aku, daripada apa yang diceritakan kepadaku oleh pelajar dan guru sekolah sendiri, keupayaan pelajar dalam KEDUA-DUA bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi semakin lemah, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Sama ada itu, ataupun jurang telah menjadi semakin lebar antara "pelajar yang pandai berbahasa Inggeris" dengan "pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris" (perbezaan lebih disebabkan taraf sosio-ekonomi atau kefasihan bahasa keluarga masing2). Jurang yang semakin lebar begini, apakah pula jamu perapatnya?
Berbalik semula kepada Pak Ungku. Pak Ungku orang lama yang bukan politikus (ahli politik). Bila mulutnya mula berbicara, kata-katanya agak jujur bagiku. Entah mengapa aku beranggapan begitu. Barangkali kerana dia Pak Ungku.
Aku hanya pernah dua kali bersembang dengan Pak Ungku. Kali pertama, pada tahun 1999 semasa beliau kelihatan "teruja" mengulas terjemahan puisi Pushkin aku (KEBETULAN aku baru saja dengan bangganya bercerita pasal puisi tu dalam blog ni, walaupun atas sebab-sebab lain). Kali kedua, pada tahun 2002 semasa aku dan beberapa orang rakan se-universiti "diculik" ke Putrajaya selama beberapa hari. Semasa itu, dia tetap "teruja" berbincang dengan kami tentang masa depan negara hingga ke lewat malam. Seronok aku melihat keterujaan dia. Seronok aku dapat bersoal-jawab dengannya.
Namun dalam seronok-teruja begitu, aku sedar juga.. Mujurlah Pak Ungku seorang yang bernama. Mujurlah Pak Ungku Profesor Diraja. Dapatlah dia berkata-kata di pentas penguasa.. demi kasihnya terhadap negara. Katakanlah dia seorang yang tak bernama.. atau dia dilabelkan "musuh penguasa".. pentas manakah yang layak untuknya.. sungguhpun kasihnya tetaplah sama?
Posted by
Wira Budiman
at
10:24 am
Labels: Education, Film and Television, Language, Personal Stories, Politics
26 July 2007
Berceloteh Pasal TV (Kaitan Antara Rakan-Rakan Selebriti, CEO TV3, Rocker Ayam Kampung, Bambino Fantasi Cabai, Black Widow dan Hidup Berdikari)
Aku dah lama tak terlibat dgn dunia TV production. Tak macam kawan2 atau juniors aku yang masing2 "mengukir kerjaya" masing2 dalam dunia tu. Kawan2 aku di kalangan celebrities pun maybe mostly dah tak kenal aku dah, especially some people yang "every year menang award" dan sejak dulu pun mengaku "amat memilih bila berkawan". However, aku masih appreciate golongan celebrities yang, walaupun famous dan maintain glamour, diorang tetap bertanya khabar once in a while. Takde sape pun paksa diorang buat macam tu, tapi diorang buat jugak. Baguslah member2 macam tu (maksud aku, tak kiralah celebrity atau tidak). Member2 macam tu buat aku malu je. Aku pun tak serajin tu bertanya khabar orang lain. Friendster je tempat meng-update diri dengan kawan2 lama. Gmail account yang aku ada untuk receive emails daripada member2 satu batch di sekolah (SDAR fivers of 1996) pun jarang sekali aku bukak (recently je aku rajin check Gmail account tu - tapi kalau bz semula, aku lembap baliklah jadinya).
Anyway, aku nak berceloteh pasal TV.
Dulu masa aku masih di TV3 (a long time ago, it seems), ada kawan2 yang mintak aku blog pasal "pengalaman keje sepejabat dengan celebrities", ataupun sekurang2nya, "pengalaman bekerja di belakang tabir TV". They wanted the juicy details. They wanted to know the office drama and politics (lebih2 lagi kalau berkaitan national politics). Sebenarnya, bukan aku tak pernah terpikir untuk tulis pasal SOME celebrities - and even SOME people yang di belakang tabir.. tapi bila aku pikir balik, aku tak jadi buat la. Sebab aku tau yang aku ni, kalau dah dalam mood untuk berkasar/pedas/sinis, aku betul2 boleh berkasar/pedas/sinis. I'm talking about words, of course. Dah la masa keje di TV3 dulu, aku selalu pendam perasaan marah atau bengang kat certain people, so kalau sekali aku meletup.. even though meletup dalam blog je.. maybe tetap messy lah..
[Come to think of it.. even CEO, Encik Ahmad Farid Ridzuan (kini bergelar Dato' Seri), yang tak-buat-jahat-dengan-aku tu pun, aku main hantar email direct je kat dia bila aku tak puas hati dengan sesuatu dia cakap after my job interview.. hehe.. but of course ayat aku dalam email kepada dia tu berlapik la jugak, so dia takdela terima ayat2 aku secara negatif, dan because of my email tu, aku diajak lepak dalam bilik CEO a few days sebelum aku mula keje.. Kira dia sporting la jugak masa tu, dan after that pun masih sudi balas my emails. Anyway, I suppose aku dapat layanan OK tu pun sebab ayat aku dalam email pertama tu berlapik.. Tapi katakanlah aku main bantai je dia dengan ayat2 marah.. maybe ditarik balik la job offer aku.. first job interview pulak tu.. aiyaa..]
So kalau aku BELUM nak blog pasal "gosip2 benar di belakang tabir", nape aku kata aku nak berceloteh pasal TV?
Macam ni sebenarnya. Walaupun aku dah tak bekerja di TV station, biasanya akan ada juga geng production yang ajak berjumpa untuk discuss kot2 aku ada idea untuk TV content yang diorang boleh pitch kpd sponsors and TV stations. Frankly, walaupun aku mmg ada idea2 tertentu, but knowing keadaan media kita (laws, regulations, censorship, socio-political background, etc), tak banyak pun yang my ideas dapat membantu, so biasanya aku tak bersungguh2 pun bila contribute idea (kantoi lak tak bersungguh2). Tapi.. kali ni, Pak Su aku sendiri yang ajak aku tolong dia cari idea untuk TV programme (TV content), and that makes a difference. Bukan semata-mata sebab dia Pak Su aku, tapi sebab sejarah hidup dia..
**Izinkan aku melencong sedikit, eh, melencong banyak**
Pak Su aku ni salah sorang ahli keluarga aku yang aku respek kegigihannya dan tahap berdikarinya. Dia adik kepada bapak aku. Dia belajar sampai sekolah menengah je, sebab tak berapa minat atau menyerlah dari segi akademik. Lepas tu, dia cuba macam2 jenis pekerjaan/bisnes di kampung aku di Perlis. Dari segi luaran, Pak Su aku memang sorang rocker (malah rock group dia pun kira famous la kat Perlis pada zaman awal 80an dulu hehe), tapi kalau orang labelkan rockers ni sebagai pemalas, aku boleh kata dia bukan macam tu. Pak Su aku ni, macam2 dia buat. Daripada masak nasi ayam kepada buka bisnes menternak ayam (agak besar di kampung), dia cuba dan terus mencuba. Tapi, semasa dia bertekad untuk cari peluang di bandar, dia berhijrah ke KL.
Pak Su aku minat majalah. Masa kecik dulu, aku ingat lagi, aku balik kampung di 'Guar Halban' dan selalu selongkar majalah2 pengetahuan am, "Mad", "Gila-Gila", etc yang dia simpan. Masa dia sampai di KL, entah macam mana dia berjaya dapat kerja kat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Pada masa tu (lewat 80an), CESB ni memang top giler la. Masa tu, saper tak kenal Gila-Gila, Humor, Fantasi dan Bambino? Majalah Ujang yang original pun belum wujud, apatah lagi Majalah Ujang yang diambil alih oleh kumpulan MOY.
Pak Su aku berusaha sampai berjaya menjadi editor untuk Bambino dan Fantasi. Aku ingat lagi article2 yang dia tulis. Dia suka pengetahuan am, jadi dia suka tulis pasal fakta2 menakjubkan etc. Aku rasa, sifat "inquisitive" (ingin tahu/menyiasat/menyelidik) dia jauh lebih boleh dibanggakan daripada kebanyakan graduan universiti, padahal dia cuma belajar sampai sekolah menengah. Di CESB, dia berjumpa dengan Mak Su aku. Mak Su aku ni masa tu dah famous dengan komik "Tiga Dara Pingitan" etc.. Mak Su aku dikatakan wanita pertama di Malaysia yang jadi pelukis komik profesional. Dia guna nickname "Cabai" (cili) tapi dia ni tak garang pun orangnya (garang kepada Pak Su aku je kot hahaha). Diorang ni gandingan yang menarik bagi aku. Pak Su aku yang pelawak pandai tulis article yang serious. Mak Su aku yang serious pandai lukis komik yang lawak.
Tapi kerjaya Pak Su aku tak terhenti kat CESB. Pak Su aku keluar daripada CESB sebab dapat offer untuk uruskan syarikat penerbitan. Sorang budak kampung yang belajar tak tinggi dah jadi pengurus besar sebuah syarikat yang agak terkemuka pada masa tu. Sebagai pengurus besar, dia berjaya menaikkan sales beberapa judul majalah di peringkat kebangsaan. Tapi "office politics" yang jadi penghalang kepada kemaraan dia.
Ada orang lain cucuk boss. Boss pulak sorang "writer-wannabe" yang mudah termakan dengan hasutan agaknya. So Pak Su aku diberi notis 24 jam untuk blah. Hampir serta-merta, sales untuk majalah2 keluaran syarikat tu jatuh selepas Pak Su aku dipecat. Boss tu pulak jadi bankrap. Satu Malaya dapat tau boss tu bankrap, tapi tak perlu lah aku cakap siapa dia. Cukuplah untuk aku cakap yang dia suka bodek dan dia masih glamour.
Pak Su aku tak ambil tindakan undang2 pun terhadap boss tu walaupun ada hak. Instead, dia berusaha buka syarikat penerbitan sendiri. Bersama Mak Su aku dan segala contacts dia dalam dunia pengedaran majalah, dia mulakan majalah "Cabai" - majalah humor versi wanita untuk wanita (dan lelaki juga sebenarnya). Majalah tu berjaya mendapat 'pengikut' di seluruh Malaysia, dan sales asyik bertambah setiap bulan. Tapi malangnya, tak sampai berapa lama majalah Cabai di pasaran, kegawatan ekonomi pulak melanda negara.. Segala kos meningkat dengan mendadak sehingga bisnes Pak Su dan Mak Su terpaksa gulung tikar. Banyak syarikat majalah lain pun gulung tikar pada masa tu. Internet mula menjadi pesaing baru kepada media cetak. Bagi Pak Su aku, segala usaha tertumpu kepada mencari cara membayar gaji pekerja, tapi Pak Su aku bukan anak Menteri.. Kerajaan of course takkan "ikat jamin" bisnes dia.
Pak Su aku mengharungi zaman kegawatan dengan pelbagai usaha dan cara. Terpaksalah, untuk sara anak2, isteri dan diri. Anak2nya (sepupu2 aku) dah makin besar. Perut Pak Su aku pulak sememangnya besar. So akaun bank pun perlulah besar. Malangnya, peluang2 semakin kecik. Tapi.. Pak Su dan Mak Su berjaya mengharungi kegawatan, dan diorang lakukan dengan sifat keusahawan diorang sendiri; Mak Su aku terus melukis untuk majalah2 di pasaran, manakala Pak Su aku buat macam2; printing, publication, advertising.. Both giant companies and small companies menjadi pelanggan Pak Su aku. Bukan sebab Pak Su aku orang kuat mana2 parti politik, tapi sebab dia boleh "deliver" dan menepati janji. Delivery-nya pantas dan bermutu. In fact, yang TAK deliver adalah sesetengah pelanggannya sendiri (diorang guna khidmat dia tapi tak reti2 bayar dia - padahal diorang syarikat besar).
Pak Su aku juga menceburi bidang animation. Dia kembangkan satu syarikat animation bersama kawan2 yang arif dalam bidang tu. Animation, walaupun lain sikit daripada media cetak, tetap berkaitan dengan minat Pak Su aku, iaitu media dan hasil visual. Hasil animation syarikatnya dikatakan boleh mencapai mutu antarabangsa, tapi pembeli2 di Malaysia cuma ada budget kecik, so kalau budget kecik, hasil pun manalah nak sama dengan Disney. Apa2pun, Pak Su aku terus berusaha untuk deliver, walaupun untung tidaklah banyak dan jualan pun jarang2.. Aku heran jugak kadang2 tu.. "orang2 besar" dalam media, contohnya boss kepada syarikat yang menguruskan artis2 sebuah reality show terkemuka, pun pernah berjumpa dengan Pak Su aku dan akui bahawa idea2 Pak Su aku ni bernas.. tapi banyak janji manis saja yang diorang beri (aku takut "orang2 besar" ni hijack idea2 Pak Su aku je).
Nevertheless.. hasil daripada tungkus-lumusnya selama ni dan permohonannya sendiri, Pak Su aku baru2 ni mendapat lesen kategori kecik untuk provide TV content secara direct kepada RTM. Itupun sebab baru2 ni RTM dah mansuhkan sistem "hours" yang dikatakan menggalakkan budaya "Jualan AP" dan "Bisnes Ali Baba" di kalangan producers tempatan (budaya yang giler hampeh dan tak menggalakkan originality/creativity).. Kalau nak provide content untuk rangkaian TV yang lain (TV3, 7, 8, 9, Astro), lagi susahla untuk rakyat marhaen tak bernama macam Pak Su aku (orang2 kecik dalam dunia TV tau lah apa maksud aku). Anyway, aku tumpang gumbira bila syarikat Pak Su aku dapat lesen kecik daripada RTM ni..
So aku pun terasa nak berceloteh pasal TV..
Ye lah. Aku tak nafikan yang "cable" tetap penting dalam bisnes2 tertentu, so syarikat "picisan" dengan lesen kecik macam syarikat Pak Su aku mungkin lebih susah utk dapat job berbanding syarikat2 VIP, proxy atau mereka yang dianggap "somebody", tapi aku harap Pak Su aku akan dimurahkan rezeki dalam bidang ni. InsyaAllah Pak Su aku boleh. Selama ni pun dia telah banyak berusaha, dan aku respek kegigihannya dan tahap berdikarinya. Daripada sorang budak kampung Guar Halban, Perlis, yang belajar sampai sekolah menengah sahaja, Pak Su aku berjaya menulis bukan hanya article2 ilmu, melakar bukan hanya majalah2 komik, mewarnai bukan hanya animasi.. tapi.. dia berjaya menulis, melakar dan mewarnai peluang kerjaya dan masa depannya sendiri..
Maka, walaupun aku NAK berceloteh pasal TV, aku sebenarnye DAH berceloteh pasal diri aku dan Pak Su aku.. Tu la kelebihan personal blog nih.. Maybe next time aku betul-betul berceloteh pasal TV.. haha..
Posted by
Wira Budiman
at
2:33 pm
Labels: Film and Television, Personal Stories
08 December 2005
The Narnia That I Remember
This isn't really a comment about the movie, but it DOES have to do with Narnia.. Actually, it's just some kinda corny blabbering by a guy who had real-life childhood experiences of Narnia; a guy who later learned about the realities of his less-than-magical world; and a guy who wants to re-live his Narnian days..
If you're already bored with the way I write, then please don't go on reading, coz I'm that guy.. :P
As a child, I was such a big fan of Narnia and the lands and oceans surrounding it. From the Magician's Nephew to The Last Battle, I made sure there wasn't a page to be missed in all the seven books in the Chronicles of Narnia series. Some of the stories were less interesting than others, but that didn't stop me from finishing them all.
The experience of Narnia, for me, started in 1987 when I was seven or eight years old. I come from Malaysia yet it was my fourth year of schooling in Coventry, England (Holbrooks Infant School & Holbrooks Junior School, which were later named Holbrooks Primary School).
Everyday, the class would have a 15-minutes-or-so session called "Story Time". My class teacher, Mrs. Blakemore, would let us all gather round and she would read us a few pages of a story book. Where there's suspense in the plot, that's where she would usually stop reading, leaving us curious and eager to listen to the continuation the following day. During one fine school-term, the book she was reading was by a C.S.Lewis. Its title; "The Lion, The Witch & The Wardrobe" (LWW).
Being the adventure-seeking children that my classmates and I were, the story fascinated us so much that we all wanted to be like the children "trapped" in the wardrobe. However, it wasn't just the adventures in a magical land that captivated me. There was a whole lot more going on.
For starters, there was the traditional "good against evil" script, where even as children, we were able to understand the bad consequences of greed and corruption. But, more importantly for me, it was also the co-operation between humans, animals and the forest that made me feel like I wanted to be a part of the story. A world where flora and fauna can communicate with humans seemed to be ideal to me at the time. After all, at that age, I was very much concerned about the environment, especially with the hole in the Ozone layer being discussed everywhere around me and my disgust towards pollution was becoming a bit serious.
(Mrs. Blakemore, wherever you are, do you still remember the series of stories I wrote relating to animals and plants during your "Daily Writing" sessions -- when I was actually supposed to be writing a kind of diary? You even asked my parents about where I got my ideas from. Although the ideas for those stories were my own, I was probably inspired by LWW!)
Since LWW was so popular among the students of the whole batch, all the class teachers collectively decided to choose LWW as the story for the school-term play.
I was chosen to act. I played Peter, one of the main characters in the show. Mrs. Blakemore would concentrate on coordinating our acting and costumes for the play. She would be very strict, but we didn't mind as we liked the story and we wanted the play to be a success.
Like most of our school plays in Holbrooks, the format would be part-drama part-sing-along, so the batch choir group would be busy aswell. Miss Fortescue the choir teacher and Mr. Burnasconey the school-assembly pianist (both were class teachers too) would write rhyming song lyrics and adapt them to nice tunes for the batch choir group to sing during the play.
Like any other school play, the actors and choir singers were all children (duh) and we would do a few rounds of the show for a few days. We tried to perform better when our parents were invited to watch our show.
Then, in 1989, as if reminding me that I don't deserve to grow up with my thespian intentions, I had to go back to Malaysia and plunge myself into the school system there, where the realities of "Alam dan Manusia" (a Science Subject) replaced the fantasies of Narnia. Later on, life in a boarding school dubbed as "a training ground for future leaders yadda yadda" further forced me into accepting the hard facts of life, where my ideals became more and more influenced by news & politics rather than literature & art.
As I could recall, it was only once during my teenage years (in the mid-90s) did I come across a newspaper article that mentioned the Chronicles of Narnia. It was an interview with a Malaysian actress Sofia Jane who was asked about her favourite childhood books. For a short while, the fond memories of my younger days came back to me. But, that soon disappeared, of course.
The more I became an adult, the more I realized why the late Mr. Lewis only intended children and animals to become the heroines and heroes in his stories. Adults are too indulged in the real world. Adults aren't capable of delivering the messages of Narnia.
Now, more than a decade after the newspaper interview, and almost two decades after my school play, Walt Disney is releasing the motion picture of LWW. I should be cautious to note that the movie might just turn out to be what I fear it to be, and that is, a spoiler of sorts to the potential of a child's imagination.
However, in a way, I'm also happy that they've made it into a movie. That way, probably more children would embrace the messages of the story in their own creative ways, and take the initiative to explore the other stories in the Chronicles.
Perhaps, even I would be able to see myself as a child in the movie, and enter a world where ideals of compassion triumph and where boring adults have no say. Whatever the case may be, this is truly a show that I won't miss.
Posted by
Wira Budiman
at
8:37 pm
Labels: Film and Television, Personal Stories