09 March 2008

Istilah "Kerajaan", "Pemerintah", "Pembangkang"

Istilah "Kerajaan", "Pemerintah" dan "Pembangkang" perlu digunakan dengan lebih tepat. Apabila Parlimen dibubarkan dan tempoh kempen pilihanraya bermula, penggunaan istilah "Kerajaan" atau "Pembangkang" tidak sepatutnya digunakan bagi merujuk kepada mana2 parti. Gunakan nama parti sahajalah. Selepas pilihanraya pula, parti yang membentuk Kerajaan akan dipanggil PARTI PEMERINTAH manakala parti yang tidak membentuk Kerajaan akan dipanggil PARTI PEMBANGKANG.

Walaupun gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen (serta kalah di Wilayah Persekutuan), BN masih kekal sebagai Parti Pemerintah di Parlimen kerana dapat membentuk Kerajaan Persekutuan. Tiada masalah istilah di situ. Bagaimanapun, media massa tak seharusnya melabelkan PKR, DAP dan PAS sebagai "Parti Pembangkang" semata-mata sedangkan parti2 tersebut kini telah dapat membentuk Kerajaan-Kerajaan Negeri di:
- Kedah;
- Pulau Pinang;
- Perak*;
- Selangor; dan
- Kelantan.

BN pula telah menjadi Parti Pembangkang di 5 buah negeri (DUN) tersebut.

Tanpa mengira parti, saya amat berharap agar para YB (Yang Berkhidmat) kita akan dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Barangkali cara terbaik untuk kekal di hati rakyat adalah dengan memastikan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri ataupun parti. Semoga YB-YB yang baru tidak perasan atau syok sendiri. Semoga Kerajaan-Kerajaan yang ada tidak mudah rasa selesa atau angkuh dengan kuasa dan kedudukan. Belajarlah daripada kesilapan diri dan kesilapan pihak2 lain.

*NOTA - Blog post ini telah ditulis lama SEBELUM Kerajaan Negeri Perak diambil-alih oleh BN.